Saturday, 26 February 2011

LAWATAN Y.B. DATO SRI AHMAD SHABERY CHEEK KE GOVANHILL

Salam,

Alhamdullilah majlis lawatan Y.B. Dato` Sri Ahmad  Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan ke Glasgow umumnya dan Govahill khususnya berjalan dengan jayanya semalam.
Turut mengiring Y.B. Menteri ialah Dato' Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Pewakilan Puteri UMNO Malaysia, wakil UTUSAN dan juga wakil RTM. Di kesempatan ini pihak Kelab UMNO Glasgow (KUG) ingin merakamkan sekalung perhargaan kepada pihak-pihak berikut :

1. Sdr Dzariman bin Ibrahim, Pengerusi Badan Perhubungan Negara dan Sdr Dzuhair bin Hanafiah, Timbalan Pengerusi Kelab Umno London
2. En. Khairul Azmi dan Pn. Asmaheram selaku tuan rumah (Pengetua Sekolah Malaysia Glasgow)
3. En. Nordin Mamat selaku juruacara majlis

Terimakasih juga kepada Sdr Dr. Nukman, Pengerusi KMG dan Sdr Khairul Ariffin yang membuat liputan secara langsung melalui interaktif Nur Ramadhan . Tidak dilupakan juga, kepada Puan Zureda Ibrahim ( mantan N.Pengerusi KUG) yang turut menjayakan majlis kelmarin.
 Sebelum mengundur diri, izinkan kami menjual sebaris pantun,

Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau

 

 Pra-majlis di Kebabish, menunggu ketibaan VIP.

   Dato' Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang (baju kuning) bersama AJK KUG.

Y.B Menteri di rumah En. Khairul Azmi & Pn. Asmaheram.

Y.B Menteri bersedia untuk ke Edinburgh bagi majlis seterusnya.






Sunday, 20 February 2011

KUNJUNGAN Y.B. DATO' AHMAD SHABERY CHEEK KE GOVANHILL


Sukacita di maklumkan Y.B. Dato' Ahmad Shabery Cheek , Menteri Belia dan Sukan akan mengadakan kunjungan ringkas ke Govanhill bagi meninjau kawasan penempatan penuntut Malaysia yang menetap di Glasgow. Kami pihak KUG berbesar hati di atas kesudian beliau dan juga berterima kasih kepada  En. Khairul Azmi dan Pn Asmaheram berserta En. Fakroul Ridzwan atas kesudian mereka menjadi hos bagi kunjungan yang Y.B. Menteri. Bagi warga Glasgow yang berkelapangan, adalah di alu-alukan untuk turut serta meraikan kedatangan Y.B. Menteri esok.
 

Monday, 14 February 2011

Lawatan YB Dato Sri Shabery Cheek‏

Di panjangkan surat dari wakil BPN

Salam semua,

YB Dato Sri akan tiba di Manchester pada 20hb Februari (Ahad) untuk menghadiri kejohanan UCI Track Cycling World Cup Classics 2010-2011 dan kemudian akan mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia serta Penyerahan Sumbangan Sekolah Malaysia pada jam 6pm di sana. Butiran/alamat untuk tempat akan saya maklumkan setelah mendapat kepastian daripada KUSMA. Sekolah-sekolah yang akan meneri sumbangan setakat ini adalah:

1) Birmingham, 2) Coventry, 3) Edinburgh, 4) Glasgow, 5) Hull, 6) Manchester, 7) Newcastle, 8) Sheffield, 9) Southampton

Cawangan yang terlibat sila maklumkan secara lisan kepada pengetua sekolah masing-masing untuk hadir ke Manchester pada tarikh/masa di atas. Saya akan susuli dengan email rasmi kepada mereka dengan maklumat/butiran lanjut.

Untuk program di Scotland, setakat ini confirm perjumpaan bersama warga Malaysia di Edinburgh pada 21hb Februari (Isnin) bermula jam 6pm. Kelab UMNO Edinburgh akan mendapatkan beberapa cadangan untuk venue untuk saya maklumkan kepada semua nanti.

Akhrinya, Dato Sri akan melancarkan Kelab Penyokong Olimpian Malaysia 2012 di Malaysia Hall, London pada 23hb Februari (Rabu) juga bermula jam 6pm.

Sebarang tambahan maklumat lagi akan saya bagi update.

Terima kasih.

Saturday, 8 January 2011

MAJLIS PENERANGAN KUG 2011

 Bertempat di Victoria Halls, Glasgow, satu majlis julung kali di anjurkan oleh pihak AJK KUG sesi 2011/12 untuk memperkenalkan AJK KUG yang baru di samping memberi sedikit penerangan berkaitan dengan aktiviti yang bakal di jalankan bagi tahun 2011. Alhamdullilah, walaupun kedatangan tidak begitu memberangsangkan tapi apa yang penting hadirin yang datang telah diberi maklumat yang jelas berkenaan KUG.

Followers